Sunday, 28 June 2015


PRINSIP OPERASI PENGURUSAN MENURUT MAQASID SYARIAH

Takhtit (Perancangan)

Perancangan ialah usaha-usaha mengenalpasti matlamat yang hendak dicapai dan penetapan cara untuk mencapai matlamat tersebut sesuai dengan keupayaan yang dimiliki. Satu proses menentukan objektif yang dikehendaki dan seterusnya membina strategi-strategi tindakan yang sesuai dan terbaik dengan mengambil kira faktor-faktor dalam organisasi dan persekitaran luaran yang akan mempengaruhi perjalanan sesebuah organisasi untuk mencapai objektif tersebut.  Menurut Ustaz Azizee, perancangan takhtit dalam bahasa Arab, adalah elemen yang sangat penting untuk memenangkan dakwah.Perancangan di dalam dakwah melalui fasa-fasa yang menuntut kepada strategi dan perancangan.  Takhtit mempunyai empat prinsip perancangan iaitu setiap individu dalam organisasi mempunyai perancangan, dilaksanakan secara jamaah, bersifat fleksible dan akhirnya sekali segala keputusan ditentukan oleh Allah S.W.T.  Seterusnya, sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti organisasi tersebut perlulah membuat perancangan terlebih dahulu.  Hal ini demikian kerana setiap perancangan yang dilakukan adalah untuk menentukan jangkamasa kerja dan kos yang terlibat, menyediakan target bagi melakukan operasi keseluruhan pengurusan, dan untuk memastikan keutamaan bagi membolehkan pengawalan mutu kerja, masa operasi  dan pelaksanaan kerja.

Bukan itu sahaja, perancangan juga mempunyai prosesnya yang tersendiri.  Proses yang pertama ialah mengenalpasti matlamat atau objektif bagi aktiviti yang bakal dilaksanakan.  Objektif tersebut mestilah rasional, praktikal, boleh diukur  dan boleh dicapai.  Matlamat sesuatu perancangan juga mestilah berhairerki dan rangkaian.  Proses yang kedua ialah menilai keupayaan sumber dan persekitaraan.  Aktiviti yang dirancang oleh sesebuah organisasi itu perlulah menghitung jumlah bajet yang mencukupi, bekalan atau sumber juga semuanya mudah didapati dan melihat keadaan persekitaran samada aktiviti tersebut sesuai atau tidak dilaksanakan dilokasi yang dipilih oleh organisasi.  Walhal, aspek ramalan, kekuatan, kelemahan, peluang dan halangan yang bakal dihadapi juga perlu dikenalpasti kerana aspek ini juga merupakan proses yang sangat penting didalam perancangan.   Proses perancangan yang terakhir ialah membuat pelan tindakan untuk rancangan yang ingin dilaksanakan.  Sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti yang dirancang, pihak organisasi perlulah mengatur strategi yang sistematik agar matlamat perancangan tersebut berjaya dicapai.
Nabi Muhammad S.A.W. merupakan seorang teladan yang baik untuk kita ikuti dalam membuat sebarang perancangan.  Baginda telah banyak terlibat dalam perancangan membangunkan masyarakat Islam seperti berdakwah. contohnya Rasulullah S.A.W. telah menggunakan dua strategik ketika melaksanakan dakwahnya iaitu Rasulullah S.A.W. telah berdakwah secara rahsia selama 13 tahun hanya dengan ahli keluarganya dan sahabat rapatnya sebelum baginda diizinkan oleh Allah untuk berdakwah secara terang-terangan. Manakala, secara terang-terangan pula baginda mula memperluaskan dakwahnya dengan Bani Hasyim dan penduduk sekitar di Mekah.  Firman Allah S.A.W. :  “maka siarkanlah apa-apa yang telah diperintahkan (Allah) kepadamu dan berpalinglah daripada orang-orang musyrik”  (Al-Hijr 94).

Tanzim (Pengorganisasian)

Tanzim didefinikan sebagai satu kewujudan sekumpulan manusia yang tersusun, mempunyai penyelarasan, kesarasian dan hubungan yang rapat di antara mereka, mempunyai matlamat-matlamat tertentu dan qiadah yang melaksanakan urusan pentadbiran dan mengambil berat kepentingan mereka serta merancang untuk mencapai matlamat-matlamat mereka.  Maksud Tanzim dari segi bahasa ialah mengumpulkan sesuatu serta menyusun dan menyelaraskannya.  Dari segi istilah pula Tanzim beerti kewujudan sekumpulan manusia yang tersusun, mempunyai penyelarasan, keserasian dan hubungan yang rapat di antara mereka, mempunyai matlamat-matlamat tertentu dan qiadah yang melaksanakan urusan pentadbiran dan mengambil berat kepentingan mereka serta merancang untuk mencapai matlamat-matlamat mereka.  Pengurusan tanzim mempunyai asasnya yang tersendiri antaranya ialah menentukan dan menjelaskan misi organisasi kepada anggota dan bukan anggota agar sesuatu rancangan dapat difahami oleh semua anggota dan perancangan dapat berjalan dengan baik.  Asas pengurusan tanzim yang kedua ialah sentiasa menganalisa kekuatan dan kekurangan dalaman organisasi.  Konteks ini membawa maksud sesebuah organisasi perlulah membuat perancangan yang mampu dicapai bukannya diluar kemampuan organisasi tersebut.  Seterusnya, asas yang ketiga ialah menilai setiap peluang dan ancaman luaran organisasi.  Sebelum membuat sesuatu rancangan, sesebuah organisasi perlulah terlebih dahulu mengenali siapa saingannya.  Asas yang keempat ialah menjelaskan objektif yang hendak dicapai.    Asas pengurusan tanzim yang terakhir ialah membentuk strategik dan pelan tindakan.

Kewujudan tanzim akan merealisasikan beberapa faedah penting kepada individu dan jamaah antaranya ialah tanzim haraki merupakan antara factor penting kejayaan jamaah.  Hal ini demikian kerana ia mampu menolong jamaah mencapai matlamatnya dalam masa yang singkat.  Menurut Ahmad Abd al-Mun’im al-Badri (33), tanzim membekalkan kekuatan yang padu kepada jamaah ketika melaksanakan amal dan menghasilkan produk, berbanding jika setiap individu di dalam jamaah bekerja seorang diri dengan kemampuan yang tersendiri dalam keadaan terasing daripada individu-individu yang lain.  Ini disebabkan Allah S.W.T. memberkati usaha-usaha individu jika dia berada di dalam satu jamaah yang tersusun.  Rasulullah S.A.W. bersabda:  “Tangan Allah bersama jamaah. Setiap individu mempunyai kekuatan dan kemantapan diri sendiri untuk keteguhan tanzim di dalam diri mereka.  Allah S.W.T. berfirman:  “Kami akan menguatkan tenaga dan daya usahamu dengan saudaramu.”Faedah yang lain ialah tanzim melindungi individu daripada masyarakat yang memusuhi Islam, sentiasa bersedia berhadapan dengan dasar-dasar yang mampu menyesatkan umat islam.

 Qiyadah ( Kepimpinan )

Qiyadah bermaksud kepimpinan.  Dari segi bahasa Qiyadah bermaksud menyelia atau mengawasi.  Qiadah dari segi istilah pula adalah melaksanakan tugas yang dikhususkan kepadanya dan menyelia serta mengawasi orang lain yang di bawahnya.Penyeliaan dalam bahasa Arab dipanggil Al-Taujih. Kepimpinan melibatkan keupayaan seseorang mentadbir atau mengurus setiap peringkat pengurusan untuk mendorong, mempengaruhi, membawa dan menggunakan setiap sumber organisasi supaya saling berperanan atau masing-masing berfungsi untuk mencapai objektif yang telah ditentukan.  Dalam hal ini, Qiyadah dikaitkan dengan merangsang pekerja bahawan untuk berperanan supaya matlamat dapat dicapai.  Selain itu, menentukan visi dan hala tuju organisasi dipatuhi.  Seterusnya, menjadi penghubung atau juruacara sesebuah organisasi.

Qiyadah juga sering dikaitkan dengan pemimpin unggul.  Antara contoh pemimpin unggul adalah adil.  Seorang pemimpin hendaklah adil dalam melaksanakan sesuatu tugas agar segala perkara terlaksana dengan harmoni tanpa sebarang pertelingkahan.
Zaman Rasulullah SAW semasa menjalankan sistem Qiyadah
 Pada Zaman Rasullullah s.a.w. sebagai pemimpin tertinggi yang dilantik oleh pemimpin yang Maha Tinggi amat wajar dijadikan uswah hasanah. Sewaktu baginda menjadi pemimpin, baginda sering bersabar menghadapi sebarang kesukaran dan menjaga rahsia daripada bocor ke tangan musuh yang lain dengan apa jua cara sekalipun.  Gaya kepimpinan, dorongan dan sifat baginda yang penyayang telah berjaya merangsang umat Islam untuk mencapai matlamat yang dirancang.  Baginda juga sering menjiwai bahawa tanggungjawab yang dipikul adalah besar dan berat.
 Apabila berlaku perselisihan di kalangan mereka – hendaklah dirujuk kepada Allah dan Muhammad Rasulullah s.a.w.”Perkembangan ini menjelaskan keagungan dan kekuasaan mutlak Rasulullah s.a.w. dalam semua hal; awam, politik, ketenteraan, kehakiman dan lain-lain diiktiraf oleh penduduk Madinah.  Rasulullah s.a.w adalah seorang pemimpin yang sangat berjaya sewaktu pemerintahan beliau dalam membangunkan umat di seluruh penduduk Madinah pada ketika itu.

KEWAJIPAN SEORANG PEMIMPIN:

Terdapat beberapa kewajipan seorang pemimpin yang perlu kita pelajari.  Antaranya adalah bekerjasama dalam melaksanakan syariah Islamiyah.  Contohnya, melalui organisasi, jabatan dan unit pengurusan, seseorang ketua dan pemimpin boleh memainkan peranannya menggalakkan amal makruf dan nahi mungkar.  Syariah Islamiyah terlaksana apabila budaya, etika dan prinsip kerja dalam organisasi itu bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah serta berasaskan akidah, syarak dan akhlak.  Apabila umat islam merujuk sumber al-Quran dan al-Sunnah maka segala urusan dapat dijalankan dengan baik dan tidak mempunyai sebarang kesalahan dari segi hukum.
Seterusnya pula adalah melaksanakan tugas dengan ikhlas dan jujur.  Dalam hal ini, ketua dan pemimpin diberikan kuasa, tanggungjawab serta ganjaran, upah dan gaji yang setimpal.  Namun begitu, mereka tidak wajar sekadar menyempurnakan tugas sebagai pemimpin atau ketua semata-mata.  Mereka hendaklah melaksanakan tugas dengan ikhlas dan jujur.

 Wiqayah (Pengawasan/Pengawalan)

Dari segi bahasa Wiqayah bermaksud pengawasan dan pengawalan.  Pengawasan dan pengawalan amat penting kerana ia merupakan asas dalam menentukan matlamat organisasi tercapai atau tidak.  Pengawasan dalam bahasa Arab ialah raqabah dan muraqabah. Memastikan semua aspek pengurusan saperti perancangan, penyusunan, kepimpinan, membuat keputusan, dan pelaksanaan keputusan berjalan mengikut apa perancangan yang ditetapkan.  Ia juga sebagai alat yang mengukur kelicinan perjalanan sesuatu program dan mewujudkan langkah-langkah perlu untuk mengatasi sesuatu masalah yang timbul.  Seperti yang kita tahu, apabila kita menubuhkan sesebuah organisasi, masalah memang tidak dapat dielakkan kerana hal ini memang sentiasa menjadi kebiasaan bagi sesebuah organisasi.

Oleh itu, pengawasan adalah sangat penting bagi mengambil langkah berjaga-jaga dalam menghindarkan sebarang masalah besar berlaku.  Mendedahkan mana-mana kesilapan yang berlaku dalam pengurusan. Membetulkan sebarang kesilapan penyelewengan dengan tindakan yang sewajarnya mengikut lunas undang-undang.  Kebijaksanaan pengurus amat diperlukan dalam hal ini kerana dalam proses ini, manusia yang diawasi itu punyai perasaan, maka sewajarnya dibezakan kaedah mengurus atau mengawal manusia dan mesin.  Pengawasan dan pengawalan merupakan fungsi terakhir dalam sesuatu pengurusan atau pentadbiran.  Dalam melaksanakan sesuatu tugasan, pengawasan sangat penting bagi memastikan sesuatu organisasi dapat dilaksanakan dengan terkawal tanpa sebarang gangguan dari mana-mana orang atau masalah yang tidak sepatutnya timbul.

 JENIS PENGAWASAN DALAM PENGURUSAN ISLAM

 Antaranya adalah pengawasan dalaman diri manusia atau kendiri. Pengurusan Islam amat mementingkan pengawasan dalaman diri manusia sendiri.  Setiap manusia seharusnya faham bahawa mereka adalah khalifah serta hamba kepada Allah.  Sebagai khalifah mereka mesti jelas mereka diutus untuk mengatur atau melicinkan perjalanan alam.
Sebagai hamba, manusia akan patuh kepada segala arahan Penciptanya.  Seterusnya, pengawasan dalam masyarakat juga adalah salah satu lagi antara pengawasan dalam pengurusan Islam.
Pesanan Nabi Muhammad s.a.w. kepada Saidina Ali bin Abi Talib:

“Aku lantik engkau dan aku sentiasa mengawasimu, oleh itu nampakkanlah pada mata orang ramai bahawa engkau mengutamakan golongan yang berkedudukan rendah daripada golongan orang mulia yang lemah mendahului yang kuat dan golongan perempuan mendahului golongan lelaki, jangan sekali-kali kemu benarkan orang lain mencapai urusan engkau, dan selalulah merujuk kepada al-Quran itu adalah panduan kamu. Pengawas yang sebenarnya adalah dari dalam diri manusia itu sendiri”
Objektif Syariah (Maqasid al Syariah)

Maqasid ialah perkataan dalam bahasa Arab yang bermaksud matlamat atau tujuan. Dalam konteks Islam, ia merujuk kepada objektif yang ditetapkan oleh syarak dalam mensyariatkan hukum.

Menurut Imam al-Ghazali “matlamat syariah adalah untuk menggalakkan kesejahteraan seluruh manusia, dengan menjaga iman mereka (deen), diri mereka (nafs), akal mereka (a'qal), keturunan mereka (nasl ) dan harta benda mereka (mal). Apa sahaja yang boleh memastikan perlindungan daripada lima prinsip ini demi kepentingan awam, ia adalah sewajarnya.

Terdapat lima maqasid (objektif) seperti berikut: -


Pemeliharaan



Keterangan / Catatan

Agama
Pemeliharaan dan perlindungan deen (agama) di dalam semua keadaan.
Contoh:
Mempertahankan agama Islam terutamanya jika ia diserang oleh musuh-musuh Islam.

Nyawa
Pemeliharaan dan perlindungan keselamatan nyawa manusia didalam semua keadaan.
Contoh:
Dalam usaha untuk melindungi nyawa manusia, hukuman yang berat dikenakan ke atas mereka yang membunuh orang

Keturunan
Pemeliharaan dan perlindungan keturunan dan kehormatan didalam semua keadaan.
Contoh:
Islam melarang pengikutnya berzina atau berkelakuan tidak bermoral.



Akal
Pemeliharaan dan perlindungan intelek dan minda di dalam semua keadaan. Pemeliharaan akal ialah melindunginya dari perkara-perkara yang boleh merosakkan dan menjejaskan fungsi serta keupayaan berfikir.
Contoh:
Pengambilan minuman keras atau seumpamanya akan memberi kesan negatif kepada fungsi otak.


Harta
Pemeliharaan dan perlindungan harta didalam semua keadaan.
Contoh:
Inisiatif dan perancangan pro-aktif dalam melindungi harta benda terhadap musibah atau bencana
Ciri-ciri Pengurusan Islam


 Ciri-ciri Umum


1.Ikatan yang erat antara pengurusan dengan masyarakat. Ikatan itu ialah akhlak, nilai masyarakat dan perubahan masyarakat yang berasaskan akhlak.

 2.Pergolakan dan perubahan ekonomi yang memberikan kepuasan fisiologi, individu, ekonomi   dan kebendaan.

3.Kemanusiaan dan kerohanian. Ia menghormati hakikat kemanusiaan sebagai insane yang terlibat dengan pengurusan mengikut keupayaan akal, fizikal dan jiwa.

4.Menentukan tugas dan tanggungjawab. Mematuhi dan menghormati kuasa, peraturan undang-ndang rasmi serta carta organisasi dan bukannya melakukan tingkahlaku pengurusan yang baik kerana mengharapkan ganjaran pahala.


Ciri-ciri Khusus


a.    Pengurusan Islam merupakan sebahagian daripada sistem masyarakat bagi menentukan matlamat hidup dan hubungan masyarakat dan hubungan manusia dengan manusia, manusia dengan Allah, manusia dengan masyarakat dan hubungan manusia dengan alam. Pentadbiran dan pengurusan dalam Islam termasuk dalam lingkungan ibadat sebagaimana dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran:


“Katakanlah : Sesungguhnya sembahyangku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan semesta alam”.
                        (Surah Al-An’am : 6:162)


b.    Islam menjelaskan bahawa pekerjaan dan jawatan khususnya di dalam pengurusan dianggap sebagai suatu amanah dan tanggungjawab seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran yang bermaksud :

   
“Sesungguhnya Allah s.w.t menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil”.
                                (Surah An-Nisa : 4:58)



Matlamat dan Objektif Pengurusan Islam

Di antara matlamat dan objektif pengurusan Islam ialah :-

  • Menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh Allah dengan adil dan memelihara perhubungan yang baik sesama insan.

  • Memakmurkan mukabumi ini dengan cara yang diredhai.

  • Melaksanakan syariah Islam iaitu ibadat, muamalat dan hukum-hukum Islam yang lain.

  • Mencari keredhaan Allah walaupun ketika berurusan dalam hal-hal duniawi.

  • Memastikan bahawa Islam itu sentiasa lebih tinggi darjatnya daripada hal-hal lain.



 Prinsip-prinsip Pengurusan Islam

Tiga prinsip pengurusan Islam yang penting ialah:-

  • Demokrasi
  • Syura
  • Delegasi


1.Demokrasi

Demokrasi ialah jaminan hak individu untuk bertindak bagi mendapat dan mempertahankan hak. Namun demikian Islam menekankan kewajipan tentang memelihara hak masyarakat. Islam menjamin hak individu dan masyarakat secara serentak dengan mewajibkan setiap individu bersifat benar, jujur, ikhlas, amanah, bertanggungjawab dan adil dalam pengurusan. Umat Islam mesti menjauhkan diri dari sifat-sifat mazmumah seperti bohong, mungkir janji, mengampu dan sebagainya.


2.Syura

Prinsip syura dalam pengurusan merangkumi perundingan, perbincangan dan mesyuarat dengan kakitangan bagi memastikan peluang penyertaan diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat bagi mencapai keputusan bersama. Prinsip ini akan memperkukuhkan lagi demokrasi, sifat amanah, benar dan ikhlas dalam diri individu.





3.Delegasi

Delegasi atau agihan dan penyerahan tugas dilakukan mengikut kemahiran, kelayakan dan minat seseorang di dalam memangku tugas yang diberikan oleh pihak pengurusan atau ketua. Orang yang diberi kuasa ini bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas dan membuat keputusan dengan amanah tetapi tanggungjawab sepenuhnya masih disandang oleh pihak pengurusan.





PENGENALAN


Dalam unit ini, kita akan mempelajari beberapa konsep pengurusan yang diamalkan oleh sesetengah organisasi. Konsep-konsep pengurusan sebenarnya telah bermula sejak zaman purba lagi seperti zaman Mesir kuno, Zaman Jahiliyyah dan sebagainya. Bolehkah anda nyatakan konsep-konsep pengurusan tersebut ?

Secara umumnya, konsep pengurusan yang menjadi amalan organisasi pada masa kini boleh kita bahagikan kepada tiga kategori iaitu :

  1. Konsep Pengurusan Islam
  2. Konsep Pengurusan Barat
  3. Konsep Pengurusan Jepun

Konsep Pengurusan Islam

Sebagaimana yang kita maklum, sistem pengurusan Islam adalah lengkap dan sistematik di mana ia berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Prinsip pengurusannya jelas, penyusunan dan perancangan pengurusan yang teratur, pengawasan yang meyeluruh dan terperinci, dan motivasi yang mempunyai asas yang kukuh untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan tidak semata-mata kebendaan dan keduniaan sahaja.


Definisi Pengurusan Islam
Di dalam pengurusan Islam , terdapat beberapa sarjana-sarjana Islam telah mengutarakan definisi pengurusan. Di antaranya :

1.Ahmad Ibrahim Abu Sin


Pengurusan sebagai satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan serta kemahiran seseorang menjadi pengurus.

2.Profesor Syed Othman Alhabshi


Pengurusan merupakan suatu proses mendapat dan mencantumkan sumber-sumber kewangan, modal, tenaga manusia dan sebagainya untuk mencapai matlamat organisasi sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.

3.  Muhammad A. Al-Buraey


Pengurusan merupakan penyelarasan tenaga manusia untuk mencapai matlamat kelompok sebagai makhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain.


                                         

MUKADIMAH

Perkataan 'Islam' dalam bahasa Arab bermaksud „penyerahan‟, dan berasal daripada perkataan yang membawa maksud „keamanan‟. Dalam konteks agama, Islam bermakna penyerahan sepenuhnya kepada kehendak Allah (SWT). Islam bukanlah agama semata-mata tetapi suatu "deen", yang bermaksud 'cara hidup'. Ia merangkumi dimensi jasmani dan rohani dalam kewujudan manusia.


Allah (SWT) telah menegaskan kesempurnaan Islam dalam ayat Al-Quran yang berikut;


Maksudnya: "Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan ni’mat Ku kepada kamu dan Aku redhai Islam menjadi agama untuk kamu"
(Al-Maidah: 3)