Matlamat
dan Objektif Pengurusan Islam
Di antara
matlamat dan objektif pengurusan Islam ialah :-
- Menjalankan tugas yang telah
diamanahkan oleh Allah dengan adil dan memelihara perhubungan yang baik
sesama insan.
- Memakmurkan mukabumi ini dengan
cara yang diredhai.
- Melaksanakan syariah Islam iaitu
ibadat, muamalat dan hukum-hukum Islam yang lain.
- Mencari keredhaan Allah walaupun
ketika berurusan dalam hal-hal duniawi.
- Memastikan bahawa Islam itu
sentiasa lebih tinggi darjatnya daripada hal-hal lain.
Tiga prinsip
pengurusan Islam yang penting ialah:-
- Demokrasi
- Syura
- Delegasi
1.Demokrasi
Demokrasi
ialah jaminan hak individu untuk bertindak bagi mendapat dan mempertahankan
hak. Namun demikian Islam menekankan kewajipan tentang memelihara hak
masyarakat. Islam menjamin hak individu dan masyarakat secara serentak dengan
mewajibkan setiap individu bersifat benar, jujur, ikhlas, amanah,
bertanggungjawab dan adil dalam pengurusan. Umat Islam mesti menjauhkan diri
dari sifat-sifat mazmumah seperti bohong, mungkir janji, mengampu dan
sebagainya.
2.Syura
Prinsip
syura dalam pengurusan merangkumi perundingan, perbincangan dan mesyuarat
dengan kakitangan bagi memastikan peluang penyertaan diberi kepada setiap ahli
organisasi untuk memberikan pendapat bagi mencapai keputusan bersama. Prinsip
ini akan memperkukuhkan lagi demokrasi, sifat amanah, benar dan ikhlas dalam
diri individu.
3.Delegasi
Delegasi
atau agihan dan penyerahan tugas dilakukan mengikut kemahiran, kelayakan dan
minat seseorang di dalam memangku tugas yang diberikan oleh pihak pengurusan
atau ketua. Orang yang diberi kuasa ini bertanggungjawab untuk melaksanakan
tugas dan membuat keputusan dengan amanah tetapi tanggungjawab sepenuhnya masih
disandang oleh pihak pengurusan.
No comments:
Post a Comment