PRINSIP OPERASI PENGURUSAN MENURUT MAQASID SYARIAH
Takhtit (Perancangan)
Perancangan
ialah usaha-usaha mengenalpasti matlamat yang hendak dicapai dan penetapan cara
untuk mencapai matlamat tersebut sesuai dengan keupayaan yang dimiliki. Satu
proses menentukan objektif yang dikehendaki dan seterusnya membina
strategi-strategi tindakan yang sesuai dan terbaik dengan mengambil kira
faktor-faktor dalam organisasi dan persekitaran luaran yang akan mempengaruhi
perjalanan sesebuah organisasi untuk mencapai objektif tersebut. Menurut Ustaz Azizee, perancangan takhtit
dalam bahasa Arab, adalah elemen yang sangat penting untuk memenangkan
dakwah.Perancangan di dalam dakwah
melalui fasa-fasa yang menuntut kepada strategi dan perancangan. Takhtit mempunyai empat prinsip perancangan
iaitu setiap individu dalam organisasi mempunyai perancangan, dilaksanakan
secara jamaah, bersifat fleksible dan akhirnya sekali segala keputusan
ditentukan oleh Allah S.W.T. Seterusnya,
sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti organisasi tersebut perlulah membuat
perancangan terlebih dahulu. Hal ini
demikian kerana setiap perancangan yang dilakukan adalah untuk menentukan
jangkamasa kerja dan kos yang terlibat, menyediakan target bagi melakukan
operasi keseluruhan pengurusan, dan untuk memastikan keutamaan bagi membolehkan
pengawalan mutu kerja, masa operasi dan
pelaksanaan kerja.
Bukan itu
sahaja, perancangan juga mempunyai prosesnya yang tersendiri. Proses yang pertama ialah mengenalpasti
matlamat atau objektif bagi aktiviti yang bakal dilaksanakan. Objektif tersebut mestilah rasional,
praktikal, boleh diukur dan boleh
dicapai. Matlamat sesuatu perancangan
juga mestilah berhairerki dan rangkaian.
Proses yang kedua ialah menilai keupayaan sumber dan persekitaraan. Aktiviti yang dirancang oleh sesebuah
organisasi itu perlulah menghitung jumlah bajet yang mencukupi, bekalan atau
sumber juga semuanya mudah didapati dan melihat keadaan persekitaran samada
aktiviti tersebut sesuai atau tidak dilaksanakan dilokasi yang dipilih oleh
organisasi. Walhal, aspek ramalan,
kekuatan, kelemahan, peluang dan halangan yang bakal dihadapi juga perlu
dikenalpasti kerana aspek ini juga merupakan proses yang sangat penting didalam
perancangan. Proses perancangan yang
terakhir ialah membuat pelan tindakan untuk rancangan yang ingin
dilaksanakan. Sebelum melaksanakan
sesuatu aktiviti yang dirancang, pihak organisasi perlulah mengatur strategi
yang sistematik agar matlamat perancangan tersebut berjaya dicapai.
Nabi
Muhammad S.A.W. merupakan seorang teladan yang baik untuk kita ikuti dalam
membuat sebarang perancangan. Baginda
telah banyak terlibat dalam perancangan membangunkan masyarakat Islam seperti
berdakwah. contohnya Rasulullah S.A.W. telah menggunakan dua strategik ketika
melaksanakan dakwahnya iaitu Rasulullah S.A.W. telah berdakwah secara rahsia
selama 13 tahun hanya dengan ahli keluarganya dan sahabat rapatnya sebelum
baginda diizinkan oleh Allah untuk berdakwah secara terang-terangan. Manakala,
secara terang-terangan pula baginda mula memperluaskan dakwahnya dengan Bani
Hasyim dan penduduk sekitar di Mekah.
Firman Allah S.A.W. : “maka
siarkanlah apa-apa yang telah diperintahkan (Allah) kepadamu dan berpalinglah
daripada orang-orang musyrik” (Al-Hijr
94).
Tanzim
(Pengorganisasian)
Tanzim
didefinikan sebagai satu kewujudan sekumpulan manusia yang tersusun, mempunyai
penyelarasan, kesarasian dan hubungan yang rapat di antara mereka, mempunyai
matlamat-matlamat tertentu dan qiadah yang melaksanakan urusan pentadbiran dan
mengambil berat kepentingan mereka serta merancang untuk mencapai
matlamat-matlamat mereka. Maksud Tanzim
dari segi bahasa ialah mengumpulkan sesuatu serta menyusun dan
menyelaraskannya. Dari segi istilah pula
Tanzim beerti kewujudan sekumpulan manusia yang tersusun, mempunyai
penyelarasan, keserasian dan hubungan yang rapat di antara mereka, mempunyai
matlamat-matlamat tertentu dan qiadah yang melaksanakan urusan pentadbiran dan
mengambil berat kepentingan mereka serta merancang untuk mencapai
matlamat-matlamat mereka. Pengurusan
tanzim mempunyai asasnya yang tersendiri antaranya ialah menentukan dan
menjelaskan misi organisasi kepada anggota dan bukan anggota agar sesuatu
rancangan dapat difahami oleh semua anggota dan perancangan dapat berjalan
dengan baik. Asas pengurusan tanzim yang
kedua ialah sentiasa menganalisa kekuatan dan kekurangan dalaman
organisasi. Konteks ini membawa maksud
sesebuah organisasi perlulah membuat perancangan yang mampu dicapai bukannya
diluar kemampuan organisasi tersebut.
Seterusnya, asas yang ketiga ialah menilai setiap peluang dan ancaman
luaran organisasi. Sebelum membuat
sesuatu rancangan, sesebuah organisasi perlulah terlebih dahulu mengenali siapa
saingannya. Asas yang keempat ialah
menjelaskan objektif yang hendak dicapai.
Asas pengurusan tanzim yang terakhir ialah membentuk strategik dan pelan
tindakan.
Kewujudan
tanzim akan merealisasikan beberapa faedah penting kepada individu dan jamaah
antaranya ialah tanzim haraki merupakan antara factor penting kejayaan
jamaah. Hal ini demikian kerana ia mampu
menolong jamaah mencapai matlamatnya dalam masa yang singkat. Menurut Ahmad Abd al-Mun’im al-Badri (33),
tanzim membekalkan kekuatan yang padu kepada jamaah ketika melaksanakan amal
dan menghasilkan produk, berbanding jika setiap individu di dalam jamaah
bekerja seorang diri dengan kemampuan yang tersendiri dalam keadaan terasing
daripada individu-individu yang lain.
Ini disebabkan Allah S.W.T. memberkati usaha-usaha individu jika dia
berada di dalam satu jamaah yang tersusun.
Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Tangan Allah bersama jamaah. Setiap individu mempunyai kekuatan dan
kemantapan diri sendiri untuk keteguhan tanzim di dalam diri mereka. Allah S.W.T. berfirman: “Kami akan menguatkan tenaga dan daya usahamu
dengan saudaramu.”Faedah yang lain
ialah tanzim melindungi individu daripada masyarakat yang memusuhi Islam,
sentiasa bersedia berhadapan dengan dasar-dasar yang mampu menyesatkan umat
islam.
Qiyadah ( Kepimpinan )
Qiyadah
bermaksud kepimpinan. Dari segi bahasa
Qiyadah bermaksud menyelia atau mengawasi.
Qiadah dari segi istilah pula adalah melaksanakan tugas yang dikhususkan
kepadanya dan menyelia serta mengawasi orang lain yang di bawahnya.Penyeliaan dalam bahasa Arab dipanggil
Al-Taujih. Kepimpinan melibatkan
keupayaan seseorang mentadbir atau mengurus setiap peringkat pengurusan untuk
mendorong, mempengaruhi, membawa dan menggunakan setiap sumber organisasi
supaya saling berperanan atau masing-masing berfungsi untuk mencapai objektif
yang telah ditentukan. Dalam hal ini,
Qiyadah dikaitkan dengan merangsang pekerja bahawan untuk berperanan supaya
matlamat dapat dicapai. Selain itu,
menentukan visi dan hala tuju organisasi dipatuhi. Seterusnya, menjadi penghubung atau juruacara
sesebuah organisasi.
Qiyadah juga
sering dikaitkan dengan pemimpin unggul.
Antara contoh pemimpin unggul adalah adil. Seorang pemimpin hendaklah adil dalam
melaksanakan sesuatu tugas agar segala perkara terlaksana dengan harmoni tanpa
sebarang pertelingkahan.
Zaman
Rasulullah SAW semasa menjalankan sistem Qiyadah
Pada Zaman Rasullullah s.a.w. sebagai pemimpin
tertinggi yang dilantik oleh pemimpin yang Maha Tinggi amat wajar dijadikan
uswah hasanah. Sewaktu baginda menjadi pemimpin, baginda sering bersabar
menghadapi sebarang kesukaran dan menjaga rahsia daripada bocor ke tangan musuh
yang lain dengan apa jua cara sekalipun.
Gaya kepimpinan, dorongan dan sifat baginda yang penyayang telah berjaya
merangsang umat Islam untuk mencapai matlamat yang dirancang. Baginda juga sering menjiwai bahawa
tanggungjawab yang dipikul adalah besar dan berat.
Apabila berlaku perselisihan di kalangan
mereka – hendaklah dirujuk kepada Allah dan Muhammad Rasulullah
s.a.w.”Perkembangan ini menjelaskan keagungan dan kekuasaan mutlak Rasulullah
s.a.w. dalam semua hal; awam, politik, ketenteraan, kehakiman dan lain-lain
diiktiraf oleh penduduk Madinah.
Rasulullah s.a.w adalah seorang pemimpin yang sangat berjaya sewaktu
pemerintahan beliau dalam membangunkan umat di seluruh penduduk Madinah pada
ketika itu.
KEWAJIPAN
SEORANG PEMIMPIN:
Terdapat
beberapa kewajipan seorang pemimpin yang perlu kita pelajari. Antaranya adalah bekerjasama dalam
melaksanakan syariah Islamiyah.
Contohnya, melalui organisasi, jabatan dan unit pengurusan, seseorang
ketua dan pemimpin boleh memainkan peranannya menggalakkan amal makruf dan nahi
mungkar. Syariah Islamiyah terlaksana
apabila budaya, etika dan prinsip kerja dalam organisasi itu bersumberkan
al-Quran dan al-Sunnah serta berasaskan akidah, syarak dan akhlak. Apabila umat islam merujuk sumber al-Quran
dan al-Sunnah maka segala urusan dapat dijalankan dengan baik dan tidak
mempunyai sebarang kesalahan dari segi hukum.
Seterusnya
pula adalah melaksanakan tugas dengan ikhlas dan jujur. Dalam hal ini, ketua dan pemimpin diberikan
kuasa, tanggungjawab serta ganjaran, upah dan gaji yang setimpal. Namun begitu, mereka tidak wajar sekadar
menyempurnakan tugas sebagai pemimpin atau ketua semata-mata. Mereka hendaklah melaksanakan tugas dengan
ikhlas dan jujur.
Wiqayah (Pengawasan/Pengawalan)
Dari segi
bahasa Wiqayah bermaksud pengawasan dan pengawalan. Pengawasan dan pengawalan amat penting kerana
ia merupakan asas dalam menentukan matlamat organisasi tercapai atau
tidak. Pengawasan dalam bahasa Arab
ialah raqabah dan muraqabah. Memastikan semua aspek pengurusan saperti
perancangan, penyusunan, kepimpinan, membuat keputusan, dan pelaksanaan
keputusan berjalan mengikut apa perancangan yang ditetapkan. Ia juga sebagai alat yang mengukur kelicinan
perjalanan sesuatu program dan mewujudkan langkah-langkah perlu untuk mengatasi
sesuatu masalah yang timbul. Seperti
yang kita tahu, apabila kita menubuhkan sesebuah organisasi, masalah memang
tidak dapat dielakkan kerana hal ini memang sentiasa menjadi kebiasaan bagi
sesebuah organisasi.
Oleh itu,
pengawasan adalah sangat penting bagi mengambil langkah berjaga-jaga dalam
menghindarkan sebarang masalah besar berlaku.
Mendedahkan mana-mana kesilapan yang berlaku dalam pengurusan.
Membetulkan sebarang kesilapan penyelewengan dengan tindakan yang sewajarnya
mengikut lunas undang-undang.
Kebijaksanaan pengurus amat diperlukan dalam hal ini kerana dalam proses
ini, manusia yang diawasi itu punyai perasaan, maka sewajarnya dibezakan kaedah
mengurus atau mengawal manusia dan mesin.
Pengawasan dan pengawalan merupakan fungsi terakhir dalam sesuatu
pengurusan atau pentadbiran. Dalam
melaksanakan sesuatu tugasan, pengawasan sangat penting bagi memastikan sesuatu
organisasi dapat dilaksanakan dengan terkawal tanpa sebarang gangguan dari mana-mana
orang atau masalah yang tidak sepatutnya timbul.
JENIS PENGAWASAN DALAM PENGURUSAN ISLAM
Antaranya adalah pengawasan dalaman diri
manusia atau kendiri. Pengurusan
Islam amat mementingkan pengawasan dalaman diri manusia sendiri. Setiap manusia seharusnya faham bahawa mereka
adalah khalifah serta hamba kepada Allah.
Sebagai khalifah mereka mesti jelas mereka diutus untuk mengatur atau
melicinkan perjalanan alam.
Sebagai
hamba, manusia akan patuh kepada segala arahan Penciptanya. Seterusnya, pengawasan dalam masyarakat juga
adalah salah satu lagi antara pengawasan dalam pengurusan Islam.
Pesanan Nabi
Muhammad s.a.w. kepada Saidina Ali bin Abi Talib:
“Aku lantik
engkau dan aku sentiasa mengawasimu, oleh itu nampakkanlah pada mata orang
ramai bahawa engkau mengutamakan golongan yang berkedudukan rendah daripada
golongan orang mulia yang lemah mendahului yang kuat dan golongan perempuan
mendahului golongan lelaki, jangan sekali-kali kemu benarkan orang lain
mencapai urusan engkau, dan selalulah merujuk kepada al-Quran itu adalah
panduan kamu. Pengawas yang sebenarnya adalah dari dalam diri manusia itu
sendiri”
No comments:
Post a Comment