Sunday, 28 June 2015

Ciri-ciri Pengurusan Islam


 Ciri-ciri Umum


1.Ikatan yang erat antara pengurusan dengan masyarakat. Ikatan itu ialah akhlak, nilai masyarakat dan perubahan masyarakat yang berasaskan akhlak.

 2.Pergolakan dan perubahan ekonomi yang memberikan kepuasan fisiologi, individu, ekonomi   dan kebendaan.

3.Kemanusiaan dan kerohanian. Ia menghormati hakikat kemanusiaan sebagai insane yang terlibat dengan pengurusan mengikut keupayaan akal, fizikal dan jiwa.

4.Menentukan tugas dan tanggungjawab. Mematuhi dan menghormati kuasa, peraturan undang-ndang rasmi serta carta organisasi dan bukannya melakukan tingkahlaku pengurusan yang baik kerana mengharapkan ganjaran pahala.


Ciri-ciri Khusus


a.    Pengurusan Islam merupakan sebahagian daripada sistem masyarakat bagi menentukan matlamat hidup dan hubungan masyarakat dan hubungan manusia dengan manusia, manusia dengan Allah, manusia dengan masyarakat dan hubungan manusia dengan alam. Pentadbiran dan pengurusan dalam Islam termasuk dalam lingkungan ibadat sebagaimana dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran:


“Katakanlah : Sesungguhnya sembahyangku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan semesta alam”.
                        (Surah Al-An’am : 6:162)


b.    Islam menjelaskan bahawa pekerjaan dan jawatan khususnya di dalam pengurusan dianggap sebagai suatu amanah dan tanggungjawab seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran yang bermaksud :

   
“Sesungguhnya Allah s.w.t menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil”.
                                (Surah An-Nisa : 4:58)



No comments:

Post a Comment